Thursday, April 3, 2008

PRODUK PERFECT LIFE


PERFECT LIFE NETWORK SDN. BHD. menawarkan kepada ANDA rangkaian produk pemakanan tambahan kesihatan diri dan ahli keluarga untuk penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Produk Perfect Life berasaskan herba semulajadi 100%. Ianya dirumus khusus untuk kegunaan semua golongan dari seawal usia kelahiran sehingga ke Warga Emas. Produk Herba Perfect Life merupakan satu-satunya alternatif terbaik kepada mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dengan pengamalan produk berasaskan herba. Ia bebas sepenuhnya dari bahan kimia sintetik, steroid, merkuri dan bahan beracun.

Rangkaian Produk Herba Perfect Life telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya diproses di kilang yang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) di bawah penyeliaan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Penggunaannya tanpa was-was dan kesannya amat memberangsangkan telah menyakinkan pengguna terhadap Konsep Mencuci, Merawat dan Memulih melalui pengamalan Produk Herba Perfect Life secara berterusan.

Hasil dari kajian serta warisan tradisi, ketepatan formulasi Produk Herba Perfect Life telah dapat membantu meringankan beban ramai pengguna yang sebelum ini menghidapi pelbagai masalah kesihatan. Jika Anda menghadapi masalah perkumuhan, pencernaan dan ketidakhadaman, masalah peredaran darah yang tidak lancar, tidak bermaya serta lemah tenaga dan lain-lain lagi, maka hanya dengan penggunaan Set Herba Lengkap (Pakej) Perfect Life, Anda akan menjalani kehidupan yang lebih sihat serta awet muda…Insya Allah.

Ingatlah sebagaimana yang telah diriwayatkan kepada kita semua bahawa:

“Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali tua atau mati”

No comments: