Thursday, April 3, 2008

PRODUK PERFECT LIFE


PERFECT LIFE NETWORK SDN. BHD. menawarkan kepada ANDA rangkaian produk pemakanan tambahan kesihatan diri dan ahli keluarga untuk penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Produk Perfect Life berasaskan herba semulajadi 100%. Ianya dirumus khusus untuk kegunaan semua golongan dari seawal usia kelahiran sehingga ke Warga Emas. Produk Herba Perfect Life merupakan satu-satunya alternatif terbaik kepada mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dengan pengamalan produk berasaskan herba. Ia bebas sepenuhnya dari bahan kimia sintetik, steroid, merkuri dan bahan beracun.

Rangkaian Produk Herba Perfect Life telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya diproses di kilang yang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) di bawah penyeliaan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Penggunaannya tanpa was-was dan kesannya amat memberangsangkan telah menyakinkan pengguna terhadap Konsep Mencuci, Merawat dan Memulih melalui pengamalan Produk Herba Perfect Life secara berterusan.

Hasil dari kajian serta warisan tradisi, ketepatan formulasi Produk Herba Perfect Life telah dapat membantu meringankan beban ramai pengguna yang sebelum ini menghidapi pelbagai masalah kesihatan. Jika Anda menghadapi masalah perkumuhan, pencernaan dan ketidakhadaman, masalah peredaran darah yang tidak lancar, tidak bermaya serta lemah tenaga dan lain-lain lagi, maka hanya dengan penggunaan Set Herba Lengkap (Pakej) Perfect Life, Anda akan menjalani kehidupan yang lebih sihat serta awet muda…Insya Allah.

Ingatlah sebagaimana yang telah diriwayatkan kepada kita semua bahawa:

“Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali tua atau mati”

Wednesday, April 2, 2008

PENGENALAN SYARIKAT

Perfect Life Network Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik Bumiputera 100% yang memasarkan produk pemakanan tambahan untuk penjagaan kesihatan sepanjang hayat yang berasaskan tumbuhan herba semulajadi dari dalam dan luar negara. Produk-produk tersebut kini telah mula menembusi pasaran tempatan yang mana ianya diperkenalkan melalui Pakej-pakej Produk untuk Penjagaan Kesihatan anda seisi keluarga.

Demi mencapai matlamat dan objektif penubuhannya, Perfect Life juga membuka peluang kepada Bakal Usahawan untuk memulakan perniagaan berkonsepkan PERNIAGAAN TULUS yang akan memberi pulangan lumayan tanpa memerlukan modal yang besar. Peluang perniagaan tanpa had dan sempadan dalam Perfect Life ini sememangnya memberi ganjaran yang setimpal atas setiap usaha yang dilakukan.

Dengan menyertai Perfect Life juga, Anda akan dapat meningkatkan tahap kesihatan serta kewangan diri dan keluarga Anda.. Yakin dan Percayalah! Dengan memiliki kesihatan yang sempurna dan tahap kewangan yang teguh, sudah pasti ianya akan membahagiakan diri dan keluarga anda.

Inilah Kehidupan Yang Lebih Sempurna sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perfect Life.

Kami sedia membantu Anda, sila hubungi kami:

PERFECT LIFE NETWORK SDN. BHD.

3535-I, Jalan Kuala Krai

15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Website: http://www.perfectlife2u.com

Blog: http://perfectlife2u.blogspot.com

Email: admin.perfectlife@gmail.com